INFAQ RAMADAN
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itupula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 261)
Rasulullah berjanji, sesiapa yang berinfaq di jalan Allah, tidak akan jatuh miskin, malahan dikayakan oleh Allah. Malaikat akan mendoakan kesejahteraan dan keberkatan rezeki buat yang berinfaq di pagi yang penuh dengan barakah. Bayangkan didoakan oleh malaikat yang tiada hijabnya di sisi Allah.
Kami di Maahad Tahfiz Al-Quran Muhammad Al-Fateh
memerlukan ANDA untuk membantu kami membuka sebuah Maahad Tahfiz
Moga Allah taala menerima dan memberkati kemurahan tuan-tuan dan puan-puan.
Sumbangan dan Keprihatinan semua amat bermakna untuk Maahad Tahfiz Al-Quran Muhammad Al-Fateh dan keseluruhan warganya. Pihak kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua, semoga sumbangan ini dikira sebagai amal jariah yang mana pahala akan berterusan mengalir hingga ke akhirat kelak InsyaAllah.
Percayalah, dengan amalan INFAQ di bulan ramadhan yang mulia ini, hati kita terasa tenang, rezeki yang ada terasa cukup. InsyaAllah!
Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Pengerusi MATAF : +60 14-271 7372